Wednesday, 4 February 2015

Q & A : Mutaah



1.      APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUTAAH?

Mutaah ialah suatu pembayaran saguhati yang diberikan oleh bekas suami kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai sama ada berupa wang ataupun barang. Saguhati Mutaah ini dikira bayaran yang wajib apabila perceraian itu berlaku bukan disebabkan oleh kesalahan pihak bekas isteri.

2.      APAKAH HUKUM MENGENAI MUTAAH?

Jumhur ulama menyatakan hukum asal Mutaah ialah sunat iaitu suatu amalan yang digalakkan terhadap suami yang telah menceraikan isterinya. Alasan pendapat ini disandarkan kepada ayat 236 surah al-Baqarah yang bermaksud:-

“Hendaklah kamu memberikan Mutaah (iaitu pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang hendaklah memberikannya menurut kemampuan mereka dan bagi suami yang susah menurut kemampuannya sebagai pemberian saguhati menurut apa yang patut dan menjadi satu kewajipan ke atas orang yang mahu berbuat demikian”.    
   

Q & A : Harta Sepencarian




1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HARTA SEPENCARIAN?

Harta Sepencarian (HS) ialah suatu harta, sama ada harta alih atau harta tak alih, yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak. Harta itu juga termasuklah harta yang diperoleh sebelum mereka be2rkahwin tetapi telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan hasil usaha bersama atau sumbangan bersama mereka.

2. APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA DALAM MENENTUKAN HARTA SEPENCARIAN?

HS yang diperoleh dalam masa perkahwinan itu dinilai dari dua perkara iaitu –

a)      Sumbangan Secara Langsung.

Sumbangan secara langsung bermaksud pihak-pihak kepada perkahwinan itu telah sama-sama memberikan sumbangan mereka dalam memperoleh aset dan harta berkenaan. Pasangan ini sama-sama mengeluarkan modal dan wang bagi membeli aset dan harta berkenaan.

Sebagai contohnya, pasangan suami isteri mempunyai kerjaya masing-masing, telah sama-sama membeli aset dan harta berkenaan secara ansuran yang pihak suami telah membuat bayaran pendahuluan dan pihak isteri pula membuat bayaran ansuran bulanan. Mereka berkongsi bersama-sama dan memberi sumbangan wang, modal dan sebagainya secara langsung daripada pendapat mereka bersama.

b)      Sumbangan Secara Tidak Langsung.